Dalam kehidupan seharian memang jelas sekali handphone, smartphone adalah benda yang sentiasa dengan kita. Tak kira lah kemana dan di mana penggunaannya sangat meluas. Oleh kerana itu, masalah juga pasti akan timbul. Admin nak bagi info pasal masalah sebab benda ni pernah terjadi kat admin juga.
Memang kecewa dan hampa jugalah admin sebab handphone masuk dalam air. Kita manusia ni memang takkan terhindar dari kecuaian. admin tak nak cerita panjang...direct kepada cara nak selamatkan handphone korang yang senasib dengan handphone admin.
Langkah-langkah selamatkan handphone yang masuk air/tenggelam dalam air
1- Mula-mula lap lah dulu bahagian luar handphone yang basah tapi kenalah cepat-cepat biarlah tak kering janji ada lap sikit. Ini hanya untuk yang masih segar terjatuh dalam air. Kalau yang dah lama tenggelam tu admin tak tahu kalau boleh selamat atau tak.
2- Matikan handphone dan tanggalkan bateri. Nak tanggalkan terus bateri pun boleh. Untuk yang bateri tak boleh tanggal bukalah handphone anda guna pembuka skru.
3- Lap segala air yang masih ada dibahagian handphone termasuk kawasan tempat bateri.
4. Sediakan beras dan satu bekas kecil cukup untuk handphone anda benar-benar dalam beras tanpa ada bahagian handphone yang kelihatan. Kotak handphone anda pun boleh.
5. Letak sedikit beras kedalam bekas sebagai tapak untuk handphone anda. Letak handphone anda kedalam bekas dan masukkan lagi beras kedalam bekas. Bila handphone dah tak kelihatan tutup bekas tersebut.
6. Biarkan selama 3-4 hari untuk handphone anda benar-benar kering. Jangan sesekali hidupkan handphone anda dalam masa tersebut.
7. Selepas itu masukkan semula bateri handphone anda dan hidupkan handphone anda. Cara memasukkan handphone kedalam bekas beras ni taklah 100% boleh selamatkan handphone anda. Bergantung kepada keadaan. Tapi cara ni memang berkesan.
Sebab kenapa menggunakan beras?
- Beras sebenarnya bersifat kering. Maksudnya beras akan menyerap segala lembapan yang ada di sekelilingnya tak kira yang terselit jauh kedalam handphone. Daya serapan beras memang kuat.
Masalah Handphone masuk dalam air
Masalah handphone tenggelam dalam air
Masalah Smartphone masuk dalam air
Masalah Smartphone tenggelam dalam air
No comments:
Post a Comment